Rajské Zahradý

“..agar DUNIA menjadi saksi, kelak TIADA alasan diberi..”

10 Muwasofat Tarbiyyah (Mukaddimah) February 15, 2009

Filed under: dakwah — rajskezahrady @ 15:26
Tags:
1. Aqidah yang Sejahtera 2.Ibadah Yang Sahih 3. Akhlak yang Mantap 4. Luas Pengetahuan 5.Sihat Tubuh Badan 6.Mampu Berdikari 7.Melawan Nafsu 8.Sangat Menjaga Masa 9.Tersusun Urusannya 10.Bermanfaat Pada Orang Lain.

1. Aqidah yang Sejahtera 2.Ibadah Yang Sahih 3. Akhlak yang Mantap 4. Luas Pengetahuan 5.Sihat Tubuh Badan 6.Mampu Berdikari 7.Melawan Nafsu 8.Sangat Menjaga Masa 9.Tersusun Urusannya 10.Bermanfaat Pada Orang Lain.

10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseorang itu menjejaki alam tarbiyyah@pendidikan islamiyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul dan hebat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini ‘Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami’

Sifat-sifat inilah perlu dibina dengan kukuhnya pada diri setiap muslim yang bakal mencorakkan masa depan Islam kelak. Bukan hanya sekadar berbangga dengan nama sbg seorang Muslim, bahkan lebih besar dari itu, perlu menunjukkan ciri2 praktikal dalam kehidupan seharian.

Islam akan naik satu hari nanti berdasarkan firman Allah SWT dan juga sabda nabi SAW. Janji bukan sekadar janji, tetapi ianya perlu kita mulakan dengan langkah yang paling asas iaitu pembinaan jati diri yang kukuh dari dalam kita sendiri untuk menjadi Individu Muslim. Ayuh kita sama2 kejar dengan bernafsunya untuk capai ciri2 ini…

bersambung iALLAH…

by abu mus’ab

Advertisements