Rajské Zahradý

“..agar DUNIA menjadi saksi, kelak TIADA alasan diberi..”

PRIYA-PRIYA GAGAH February 18, 2009

Filed under: program — rajskezahrady @ 00:47

Assalamualaikum kepada semua. Moge terus2 dalam keimanan yg jitu dan bertambah2 kecintaan kepada Pencipta Robbul Alamin iALLAH.

Usia muda  ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian
melalui sabdanya:

“Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- USIA MUDA kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa kosong kamu sebelum sibuk”.

(Hadis Riwayat Imam Ahmad didalam Musnadnya dari Ibn Abbas)


Dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halangan-halangan serta menyahut cabaran yang diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamaddun.


Ayuh sama2 menghayatinya..

WAHAI PEMUDA v OLOMOUCI

SABTU 21 FEB 09, jam 5pm.

Butiran lanjut, hubungi…

Anam

real_anamex@yahoo.com

+420608243587


Najmi

mn_5295@yahoo.co.uk

+420608244527


by abu mus’ab


Advertisements
 

February 10, 2009

Filed under: program — rajskezahrady @ 00:49

 

Sekitar ISK Olomouc February 9, 2009

Filed under: program — rajskezahrady @ 14:19
Alhamdulillah, selesai sudah ‘road tour’ ISK di Czech Republic setelah selesainya Mini Program ISK di Olomouc. Bermula dengan Prague, Hradec Kralove dan akhir sekali Olomouc. Terima kasih kepada pihak-pihak penganjur di setiap lokaliti atas komitmen yang telah ditunjukkan. Terima kasih tidak terhingga juga kepada para peserta yang gigih ber’participate’ dalam pengisian tersebut walau terdapat banyak kekurangan daripada pihak ‘presenter’. Insyaallah, kekuarangan-kekurangan ini telah dipelajari dan akan dibaiki.
ISK bukanlah sekadar program ceramah atau talk biasa, memberi kemudian berlalu ditelan waktu. Bukanlah juga ia seperti program-program motivasi. Si motivator menyuntikkan semangat kepada peserta lantas meningkatkan kesungguhan mereka sehingga 200%. Namun sehari atau seminggu selepasnya, kesungguhan itu jatuh ke tahap 0 seperti sebelumnya.
Program ini salah satu program pembinaan. Ia tidak terhenti tatkala tasbih kafarah dan surah al-Asr dibaca. Akan tetapi, ia bermula sebaik sahaja kita keluar daripada pintu tempat program. Ia mendambakan tindakan. Tindakan yang akan membuahkan redha Allah.
Semoga ISK ini menjadi pemacu ke arah meningkatkan pembinaan diri agar menjadi individu muslim yang benar-benar memahami deen ini, sebagaimana para sahabiyah memahami Islam. Semoga kita benar-benar dapat meninggikan kalimah Lailahaillallah dalam diri, dan di atas muka bumi. Semoga kita beroleh kekuatan menyempurnakan tugas hamba dan khalifah amanah Allah. Semoga beroleh redha-Nya.
…   

 

 

 

   

 

 

 

   

 

 

 

   

 

 

 

…   

 

 

 

“Dakwah itu matlamat,
Usrah itu alat”

Jom join usrah!

.:Jumpe di Program seterusnye, insyaallah:.
 

MAZA A MASZLEE V CESKE REPUBLICE January 18, 2009

Filed under: program — rajskezahrady @ 23:49

Mufti kontroversi, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan pemikir kritis, Ustaz Maszlee Malik akan berada di bumi kristal Czech Republik khusus untuk bertemu dengan kita pelajar-pelajar Malaysia pada 20 hingga 22 Januari 2009 ini. Berikut adalah jadual mereka:-


20 Januari : Prague

21 Januari : Olomouc

22 Januari : Hradec Kralove

Mewakili penganjur bagi program “MAZA  a MASZLEE  v  CESKE REPUBLICE”, kami dengan ini berbesar hati untuk menjemput anda semua untuk sama-sama memeriahkan majlis kita bersama 2 tokoh ilmuwan dan agama ini.

Program akan berjalan secara “road-trip di mana kedua-dua tokoh akan singgah di ketiga-tiga tempat – Prague, Olomouc dan Hradec Kralove. Sila berhubung dengan wakil-wakil berikut di tempat masing-masing.:


  • Prague: Yaqzan Mohd Arsad – 776 207 926 & Mohamad Fauzul Ameen – 776 499 059
  • Hradec Kralove: Azizul Salehudin – 775 377 891 & Rajeev Shamsuddin – 776 735 221
  • Olomouc: Khairul Anam Mansor – 608 243 587 & Md Najmi Md Nasir – 608 244 527


Sila hubungi wakil-wakil tempatan anda seperti di atas untuk maklumat lanjut mengenai tempat dan waktu pertemuan diadakan. Bagi sesiapa yang ingin mengikuti  program di ketiga-tiga kawasan, sangat dialukan.



MAZA A MASZLEE V HRADCI KRALOVE

Khusus untuk Hradec Kralove, program yang dirancang adalah seperti berikut:

Tarikh: 22 Januari 2008

  • 1830 – 1845 : Berkumpul di Medium
  • 1900 – 2000 : Ceramah Bersama Dr Mohd Asri Zainul Abiddin – Tema: ” Menyemai Benih Perubahan Minda”
  • 2000 – 2130: Ceramah bersama Ustaz Maszlee Malik – Tajuk – “Gaza: The Story Behind the Tragedy”
  • 2130 – 2230 : Jamuan

*untuk program bersama Ustaz Maszlee, medium yang digunakan ialah English. Anda dialu-alukan untuk menjemput rakan-rakan selain pelajar Malaysia untuk bersama-sama menyertai.

Jangan lepaskan peluang ini!

Jom ramai-ramai kita meriahkan program ini!

Jom kita manfaatkan peluang yang bukan selalu diperolehi!

-ijoy-