Rajské Zahradý

“..agar DUNIA menjadi saksi, kelak TIADA alasan diberi..”

10 Muwasofat Tarbiyyah (Mukaddimah) February 15, 2009

Filed under: dakwah — rajskezahrady @ 15:26
Tags:
1. Aqidah yang Sejahtera 2.Ibadah Yang Sahih 3. Akhlak yang Mantap 4. Luas Pengetahuan 5.Sihat Tubuh Badan 6.Mampu Berdikari 7.Melawan Nafsu 8.Sangat Menjaga Masa 9.Tersusun Urusannya 10.Bermanfaat Pada Orang Lain.

1. Aqidah yang Sejahtera 2.Ibadah Yang Sahih 3. Akhlak yang Mantap 4. Luas Pengetahuan 5.Sihat Tubuh Badan 6.Mampu Berdikari 7.Melawan Nafsu 8.Sangat Menjaga Masa 9.Tersusun Urusannya 10.Bermanfaat Pada Orang Lain.

10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseorang itu menjejaki alam tarbiyyah@pendidikan islamiyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul dan hebat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini ‘Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami’

Sifat-sifat inilah perlu dibina dengan kukuhnya pada diri setiap muslim yang bakal mencorakkan masa depan Islam kelak. Bukan hanya sekadar berbangga dengan nama sbg seorang Muslim, bahkan lebih besar dari itu, perlu menunjukkan ciri2 praktikal dalam kehidupan seharian.

Islam akan naik satu hari nanti berdasarkan firman Allah SWT dan juga sabda nabi SAW. Janji bukan sekadar janji, tetapi ianya perlu kita mulakan dengan langkah yang paling asas iaitu pembinaan jati diri yang kukuh dari dalam kita sendiri untuk menjadi Individu Muslim. Ayuh kita sama2 kejar dengan bernafsunya untuk capai ciri2 ini…

bersambung iALLAH…

by abu mus’ab

 

Membayar Harga Sebuah Perjuangan January 19, 2009

Filed under: al-quds,dakwah,ummah — rajskezahrady @ 17:59

e335cd01a3

This blood, this pain, will deliver the Palestinian people and the Arab-Muslim Ummah (community) from this state of affair. It will be a turning point leading up to new horizons of dignity and freedom for our people.”

“If God is with us,  we have nothing to fear. Israel is not greater or stronger than God.”
Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin
Source: www.palestine-info.co.uk/en

Sejuk hati saya membaca artikel tersebut. Tambah pula dalam keadaan sekarang ini dimana banyak tersebar pelbagai gambar-gambar bukti kezaliman Zionist Israel yang menyakitkan dan memilukan hati bagi siapa sahaja yang ada walaupun sedikit cebisan kemanusian dalam jiwa. Harga perjuangan bukan murah. Bayarannya mahal. Dan rakyat Gaza sedang membayar harganya. Demi mengejar impian melíhat tanahair mereka bebas dari „dicemari” kejahatan regim pengganas Israel.

(more…)

 

Membina Ketamadunan Masa Hadapan January 11, 2009

Filed under: dakwah — rajskezahrady @ 19:06

iskvceskerepublice2

Gaza diserang. Palestin disembelih. Umat diratah. Kemanusiaan terkapai-kapai. Kita? Setiap hari mengeluh, merintih, meratap kesedihan. Untuk apa meratap? Untuk apa merintih andai diri tetap membusuk di satu tempat, statik. Tidak mendatangkan amal dan hasil.
Mari kita berhenti membusuk. Umat ini dahagakan pembelaan. Mari bersama kita bina bukan saja pembelaan malah kemegahan dan ketinggian. Mari bersama kita bina, masa depan yang lebih gemilang. Agar dunia menjadi saksi, agar tiada lagi alasan diberi.
Khusus untuk pelajar tahun 1 di setiap lokaliti.
Prague: 10 Januari 2008
Hradec Kralove: 17 Januari 2008
Olomouc: 7 Februari 2008

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi wakil kami di setiap lokaliti:
Prague: Yaqzan
Hradec Kralove: Ijoy
Olomouc: Anam
 

Promosi Hangat!!!! January 9, 2009

Filed under: dakwah,ummah,Uncategorized — rajskezahrady @ 12:51

lawatan

About the Guests :

(more…)