Rajské Zahradý

“..agar DUNIA menjadi saksi, kelak TIADA alasan diberi..”

Gaza… bala?? Hikmah?? January 7, 2009

Filed under: al-quds,ummah — rajskezahrady @ 21:00

gaza

Assalamualaikum. Sedar tak sedar hari ini masuk hari ke-12 tentera Israel menzalimi penduduk Gaza. Kira-kira 700 manusia terkorban dan ribuan lagi yg tercedera di pihak yang diceroboh. Manakala cuma beberapa sahaja yang terkorban di pihak penceroboh. Ramai kanak-kanak yang kehilangan ibubapa, ibubapa yang kehilangan anak, abang yang kehilangan adik, adik yang kehilangan abang dan jika ingin diteruskan rasanya mungkin akan mengambil beberapa perenggan.

Kejadian yang menimpa tempat terletaknya Masjid Al-Aqsa ini seperti biasa menarik perhatian dunia. Forum-forum diadakan untuk membincangkan penganiayaan ini, protes-protes dianjurkan untuk menentang pencerobohan, memboikot barangan bagi yang mampu, petition-petition penentangan yang bersepah-sepah di peti-peti e-mail, kutipan derma dan lain-lain. Namun, selain dari menyokong dan melibatkan diri dengan semua perkara ini, mengapa tidak kita duduk sejenak di mana-mana sudut untuk memikirkan apa yang dapat kita perolehi dari bala yg sedang melanda bumi Palestine ini??? Saya dapat memikirkan beberapa yang saya pasti akan dapat ditambah oleh kita semua jika kita semua turut menilai kejadian ini dari segenap sudut.

cluelessness

Penyeksaan saudara seagama kita ini telah mula mencetuskan bibit-bibit kesatuan di antara umat islam di seluruh dunia. Ramai orang yang bangkit dan marah kerana penindasan yang berlaku kepada umat Gaza. Ribuan yang turun untuk memprotes, memboikot barangan Israel, menderma dan lain-lain. Minggu lalu saya telah bersama-sama lebih seratus orang menyatakan bantahan terhadap Israel di perkarangan kedutataan Israel di Prague. Suasana ketika itu amat membakar semangat dengan laungan-laungan kemarahan umat islam. Umat islam dari pelbagai latar keturunan hadir. Umat islam daripada negara-negara arab, Malaysia, Africa, Czech dan lain-lain telah bersama-sama menyatakan rasa tidak puas hati dalam cuaca yang amat sejuk.

 

protes

 

Lihat, inilah yang dikatakan kesatuan yang tidak mengira halangan, samada kesempitan masa mahupun kesejukan yang dibawah tahap beku itu. Alangkah bagus jika semangat ini berterusan dalam semua perkara yang melibatkan agama islam. Renungkanlah wahai khalifah-khalifah Allah sekalian.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat ke-103

3_1031

Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

 


Pencerobohan ini juga telah berjaya membuka topeng-topeng yang dipakai oleh penyamar yang berselimutkan islam. Mesir contohnya yang melarang kemasukan bantuan ke dalam Gaza. Mengapa ini berlaku??? Takutkan dajjal-dajjal yang mempunyai kuasa menetukan pemerintah di Mesir?? Tidakkah mereka lebih gerun akan azab Allah yg sangat pedih pada orang-orang yang munafik? Siapakah yang lebih zalim, mereka yang menganiayai umat islam secara terbuka atau mereka yang mengatakan mereka berpegang pada ajaran islam namun mengetepikannya bila terpaksa membuat pilihan samada agama mahupun perkara keduniaan? Betapa murahnya harga maruah mereka ini. Tidakkah mereka sedar bahawa mereka mendekati kemunafikan yang telah Allah firmankan dalam surah ke-63-Al-Munafiqun? Allahualam.

mask-504-086381

Tidak dapat dinafikan juga, kezaliman yang berlaku ini telah menunjukan betapa berkuasa dan kuatnya musuh-musuh islam ini. Kumpulan mereka yang secara terangnya terdiri daripada Israel dan Amerika Syarikat masih dapat meneruskan pencerobohan di Gaza walaupun telah dibantah banyak negara di seluruh dunia. Apakah nilai suara-suara kebanyakan negara-negara ini? Adakah ia ibarat menyalak pada sebatang tunggul sahaja? Tepuk dada tanya selera. Kita tidak berpeluang untuk menentang musuh-musuh ini dan menang lebih-lebih lagi jika kita tidak bersatu dalam segala aspek berlandaskan ajaran islam. Kita perlu sedar betapa lemahnya kita umat islam jika tidak bersatu. Bangunlah wahai teman-temanku, bangkit dan sedarlah bahawa kita kesuntukan masa untuk membina kekuatan. Kita perlu bergerak sekarang sebelum semuanya terlambat.

 

unity

 

 

Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada kita semua dan marilah kita renung-renungkannya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya kerana kelemahan diri saya sendiri. Akhir kata marilah kita bersama-sama menghayati ayat dari kitab suci Quran ini.

Surah Al-Ankabut(29) ayat 2-3

 

29_2

29_3

Maksudnya : (1) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta

RajeevSham

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s