Rajské Zahradý

“..agar DUNIA menjadi saksi, kelak TIADA alasan diberi..”

Palestin: Antara Membuat Sesuatu dan Membuat Sesuatu Yang Betul January 6, 2009

Filed under: al-quds,ummah — rajskezahrady @ 22:59

APTOPIX MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

Gambar: tiga dari lima anak-anak dari keluarga Balosha yang terkorban dalam serangan udara Israel di Hospital Kamal Edwan, Beit Lahiya, Gaza 29 Disember lalu.

Hari ini telah masuk hari ke 11 tentera Zionis Israel menceroboh dan menzalimi rakyat-rakyat Gaza Palestin. Serangan tidak berperikemanusian yang di lakukan regim ‘pengganas’ ini bukan hanya menyakiti sanubari kita sebagai saudara seakidah mereka, malah juga ‘jijik’ dipandang dari kaca mata kemanusiaan sekalipun. Kita menyeru setiap orang untuk sama-sama bangkit membela nasib saudara kita di Gaza dan mengutuk Zionis Israel di atas kekejaman yang dilakukan.

Namun, hati ini agak gelisah dengan beberapa surat-surat berantai yang berlayaran dari windows ke windows YM saya baru-baru ini..

“…tlg bacakn Lailahaillallah, Allahuakbar n Surah al-Ikhlas 3 kali..utk msjid al aqsa yg sedg dikepung oleh israel.Forwrd kn kpd saudra seIslam plezz..”

“pemimpin Hizbullah Syd Hassan Nasrallah meminta seluruh muslim utk malafazkan Al-Fath ayat 26-27, Yunus ayat 85,86 n 88.. mlm ini. tlg sebarkn,agar Israel hancur! Malulah kt kpd Allah jika masih x mampu mghulurkan selemah2 bantuan ini kpd saudara seagama kt..sebarkan..”

Mesti ramai pernah menerima panggilan-panggilan “rayuan” sebegini , terutama di “musim-musim” tragedi seperti sekarang. Hampir berpuluh ‘surat-surat’ seperti ini telah saya terima.

Jika para pembaca masih ingat, seketika, sewaktu Amerika Syarikat menyerang Iraq, tersebar juga surat-surat berantai sedemikian mengatakan, Muqtada al-Sadr, ketua Tentera Mahdi yang berfahaman Syiah itu, meminta seluruh umat Muslim untuk membacakan ayat-ayat surah al-Fath seperti di atas. Lebih menggerunkan, sebaran-sebaran tersebut disertakan dengan amaran-amaran tentang bencana dan kadangkala ganjaran-ganjaran yang ‘entah dari mana datangnya.’

Perkara sama dapat dilihat ketika Perang Lebanon – Israel, yang mana di katakan Syed Hassan Nasrullah, pemimpin Hizbullah, pula meminta umat Islam melakukan perkara yang sama.

Apabila timbul isu Palestin, sekali lagi surat-surat berantai sebegini disebarkan.

Ingin ditegaskan, saya menyeru diri sendiri dan sahabat-sahabat semua agar kita bangkit melakukan apa jua yang kita mampu sama ada dengan menyertai protes-protes anti-Israel mahupun dengan memboikot produk-produk yang mempunyai kaitan dengan pulangan terhadap Israel. Jika tidak mampu, sekurang-kurangnya doa boleh kita kirimkan. Nabi s.a.w. mengajar kita membaca Qunut Nazilah dalam waktu-waktu genting umat Islam seperti sekarang ini. Sila baca lanjut mengenai qunut nazilah di laman : intisonline.com .

Namun dukacita, atas nama ingin ‘buat baik’, ramai orang bertindak mengabaikan sunnah yang telah Nabi s.a.w. ajarkan kepada kita. Pelbagai ‘tips-tips’ menghancurkan musuh direka.Juga pelbagai ‘claim’ disertakan dalam surat-surat berantai tersebut seolah-olah, merekalah yang memberi pahala dan menentukan ganjaran tertentu. Sedangkan persoalan membaca ayat Qur’an atau menyebut apa-apa zikir adalah persoalan Ibadah. Teras ibadah di dalam Islam adalah – 1) mempunyai dalil , 2) mengikut sunnah. Sedangkan nabi menganjurkan kita untuk berqunut Nazilah, siapa kita untuk buat selain dari itu? Apa kita cuba buat lebih baik dari apa nabi s.a.w. ajarkan ?

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkan-lah”. (Al-Hasyr:7)

Saya yakin bukanlah niat kita untuk melanggar ajaran sunnah Nabi s.a.w. . Namun, kadang-kala, sedar tidak sedar, iktiqad dan pegangan seperti itu meresap dalam pemikiran. Lantas kita suka menyebar sesuatu tanpa memastikan keshahihan sesuatu sumber dan kemudian cuba menjustifikasikan apa yang kita lakukan. Ini suatu penyakit sebenarnya. Mungkin baik niat kita, tapi maaf, caranya tidak baik.

Sesetengah orang pula tertipu atau ter’psiko’ dengan pelbagai ugutan-ugutan yang turut disertakan dalam surat-surat berantai tersebut.Saya katakan, tinggallah yang bukan-bukan, cukuplah yang sunnah itu. Bayangkan apa akan jadi dengan agama yang mulia ini jika kita sewenang-sewenangnya membuat pelbagai andaian dan penyataan tanpa merujuk kepada sumber asas, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Sabda nabi s.a.w. :

“Siapa yang melaksanakan suatu amalan yang bukan termasuk urusan (agama) kami maka dia tertolak” (Riwayat Muslim)

Saya menyeru, marilah berhati-hati ketika menyebarkan sesuatu maklumat terutama apabila maklumat tersebut mempunyai kaitan dengan agama. Kerana dibimbangkan, secara tidak sengaja, kita tergolong dalam orang yang berdusta atas nama agama. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:

“Cukuplah seorang dianggap pendusta karena menceritakan perkataan yang ia dengar” (HR. Muslim)

Segala kebaikan kembali kepada Allah..segala yang buruk dari diri yang dhaif ini..

Abu Hanzalah

Advertisements
 

4 Responses to “Palestin: Antara Membuat Sesuatu dan Membuat Sesuatu Yang Betul”

  1. ibnutoha Says:

    Alhamdulillah ader yg nak menulis
    time exam2 begini..
    coz dah penat sgt trime message hassan nasrallah
    sampai ader org malaysia kata HAMAS adalah syiah..

  2. rajskezahrady Says:

    alhmdlh .. sama ar kite bro.. penat gak terima byk sgt msj2 berantai ni..huhu.. kena tukar mentaliti orang kite ni..jgn suka spread benda yg taktau betul ke tak..

  3. drrazi Says:

    jap2….sape rajskezahrady ni? rajeev ke?

  4. abu hanzhalah Says:

    salam aji..=) ni blog group..aku(siraj), rajeev, ajon, ijoy, najmi anam, amin and abu zar..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s