PRIYA-PRIYA GAGAH February 18, 2009
Usia muda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian
by abu mus’ab
Sekitar ISK Olomouc February 9, 2009
MAZA A MASZLEE V CESKE REPUBLICE January 18, 2009
Mufti kontroversi, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan pemikir kritis, Ustaz Maszlee Malik akan berada di bumi kristal Czech Republik khusus untuk bertemu dengan kita pelajar-pelajar Malaysia pada 20 hingga 22 Januari 2009 ini. Berikut adalah jadual mereka:-
20 Januari : Prague
21 Januari : Olomouc
22 Januari : Hradec Kralove
Mewakili penganjur bagi program “MAZA a MASZLEE v CESKE REPUBLICE”, kami dengan ini berbesar hati untuk menjemput anda semua untuk sama-sama memeriahkan majlis kita bersama 2 tokoh ilmuwan dan agama ini.
Program akan berjalan secara “road-trip” di mana kedua-dua tokoh akan singgah di ketiga-tiga tempat – Prague, Olomouc dan Hradec Kralove. Sila berhubung dengan wakil-wakil berikut di tempat masing-masing.:
- Prague: Yaqzan Mohd Arsad – 776 207 926 & Mohamad Fauzul Ameen – 776 499 059
- Hradec Kralove: Azizul Salehudin – 775 377 891 & Rajeev Shamsuddin – 776 735 221
- Olomouc: Khairul Anam Mansor – 608 243 587 & Md Najmi Md Nasir – 608 244 527
Sila hubungi wakil-wakil tempatan anda seperti di atas untuk maklumat lanjut mengenai tempat dan waktu pertemuan diadakan. Bagi sesiapa yang ingin mengikuti program di ketiga-tiga kawasan, sangat dialukan.
Khusus untuk Hradec Kralove, program yang dirancang adalah seperti berikut:
Tarikh: 22 Januari 2008
- 1830 – 1845 : Berkumpul di Medium
- 1900 – 2000 : Ceramah Bersama Dr Mohd Asri Zainul Abiddin – Tema: ” Menyemai Benih Perubahan Minda”
- 2000 – 2130: Ceramah bersama Ustaz Maszlee Malik – Tajuk – “Gaza: The Story Behind the Tragedy”
- 2130 – 2230 : Jamuan
*untuk program bersama Ustaz Maszlee, medium yang digunakan ialah English. Anda dialu-alukan untuk menjemput rakan-rakan selain pelajar Malaysia untuk bersama-sama menyertai.
Jangan lepaskan peluang ini!
Jom ramai-ramai kita meriahkan program ini!
Jom kita manfaatkan peluang yang bukan selalu diperolehi!
-ijoy-








Recent Comments