Assalamualaikum kepada semua. Moge terus2 dalam keimanan yg jitu dan bertambah2 kecintaan kepada Pencipta Robbul Alamin iALLAH.
Usia muda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.
Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian
melalui sabdanya:
“Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- USIA MUDA kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa kosong kamu sebelum sibuk”.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad didalam Musnadnya dari Ibn Abbas)
Dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halangan-halangan serta menyahut cabaran yang diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamaddun.
Recent Comments